Welcome to my blog

Welcome Slideshow: Memoriku’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Langkawi and Shah Alam was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Friday 5 August 2011

 NOTA BUAT DIRIKU
Pada hematku lupa diri dan lupa daratan berpunca kerana lupa Allah, lupakan nabi  dan lupakan islam.  Allah adalah sumber segala-galanya.  Allah memberikan kita nyawa, akal dan kesihatan supaya kita dapat hidup dengan sempurna.  Allah memberikan kita rahmat dan nikmat agar kita dapat bersyukur kepadaNya.  Allah membeerikan kita hayat dan kehidupan agar kita dapat melakukan ibadah kepadaNya dan berkhidmat semula untuk manusia. Allah memberikan kita sedikit ujian dan cabaran agar manusia menggunakan kekuatan akal dan hati memiliki ikhtiar supaya kekuatan iman dan taqwa bertambah.  Allah memilih nabi Muhammad SAW supaya kita ada sumber contoh dan ikutan.  Kita diberikan naluri dan nafsu disamping akal dan kalbu agar manusia dapat mempunyai contoh ikutan dan sumber teladan yang baik.  Manusia akan lupa diri dan hilang pertimbangan jika teladan tidak ada.
Dirumah, ibubapa adalah teladan kita, di sekolah guru  adalah pendidik kita, di pejabat ketua adalah sumber ikutan kita.  Dalam negara pemimpin adalah rujukan kita.  Tanpa teladan manusia hilang sempadan.  Tanpa teladan manusia akan melampaui batas.  Dan tanpa batasan dalam hidup manusia akan bebas.  Nafsu dan naluri jadi ikutan.  Akhirnya keinsanan hilang, sebaliknya kehaiwanan yang lahir.
Allah berikan islam supaya kita dapat hidup ddengan baik.  Islam mengajar kita menjadi amanah, adil, ikhlas, tulus dan telus. Islam bukan sekadar agama yang sifatnya rohaniah, yang menghubungkan manusia dengan yang ghaib  tetapi islam juga mendidik manusia supaya berjiwa hamba dan berperanan sebagai khalifah supaya rahmat dan nikmat Allah dapat diuruskan dengan baik.  Tanpa jiwa kehambaan yang tinggi manusia akan ingkar dan tidak beersyukur.  Inilah yang menyebabkan manusia sombong, takbur dan tidak tunduk dan patuh kepada pedoman Allah. 

Thursday 4 August 2011


SEKEJAPNYA MASA BERLALU
Sekejapnya  rasa  masa  berlalu, pejam mata celik mata, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, umur pula semakin meningkat , usia semakin tua.  Apa perancangan kita seterusnya sama ada untuk dunia dan akhirat.   Setiap hari kita mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.  Untuk bekalan akhirat pula kita disuruh buat perkara yang disuruh dan tinggal  perkara yang ditegah dan hidup ini pasti diberkati.  Andainya kita  memahami hakikat kehidupan ini, ia akan menjadi lebih indah dan sentiasa bersemangat untuk meneruskannya.  Kita seharusnya sentiasa beringat bahawa ajal maut tidak mengenal usia, tidak mengira tempat dan lokasi.  Oleh itu, seharusnya kita muhasabah diri dan kita dituntut untuk merebut  lima peluang sebelum tiba lima rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.
Oleh itu jalan yang selamat ialah dengan berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu seharusnya bekerja seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadah seolah-olah kita akan mati pada esok hari.
Berilah Peluang Aku Hidup 
Artikel  ini amat menyentuh perasaan PS Mubin dan mungkin juga rakan-rakan diluar sana. Namun digagahi juga semangat untuk menulis semoga kita semua mendapat pengajaran daripada artikel ini.  Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat suatu   ketika dahulu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah. Amalan  jahiliyah tersebut kini berulang lagi malah lebih dahsyat di mana sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat. Tempat-tempat pembuangan ialah di belakang rumah, di tepi jalan, di tepi hospital, di masjid, di tepi sungai, di kedai, ditempat pembuangan sampah, di hentian bas, di tandas dan lain-lain lagi.  Di akhbar-akhbar tempatan menyatakan statistik, gejala seperti  ini semakin meningkat dari setahun ke setahun.  Kepada kita dan remaja khasnya, harus dingatkan bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud:
" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." .

Mengikut kajian terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak, institusi keluarga yang bermasalah tiada persefahaman, bergaduh atau bercerai. Oleh itu setiap ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana tarbiyah dalam rumahtangga yang mereka bina. Jika suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
 Selain itu,  faktor dalaman diri remaja juga merupakan punca kepada gejala ini. Kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina dan menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.
Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik,  VCD lucah serta gambar pornografi di dalam internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.
Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan terdedah kepada berbagai risiko termasuk kematian; di samping ada di antaranya menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak. Inilah implikasinya apabila rohani para remaja tidak di isi dengan ajaran agama.
Justeru itu, marilah kita mengorak langkah mewujudkan kerjasama dengan semua pihak di negara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk  menanganinya.
.